Boleh bayangkan tak di pagi hari Ahad bila bangun tidoq tak tau nak buat apa, kita jalan pusing-pusing tengok kampung, pulau dan pantai? Kami drive dalam sejam jugak nak pi Pulau Camano ni. Cheq suka tempat ni, calming, cantik, dan sejuk. First time kami mai sini masa last winter, sejuk ya amat. Kalini cuaca sedap, berangin sikit.

Hakim tidoq sepanjang jalan ke sini sebab memang waktu tidoq tengah hari dia. Sampai waktu lunch kami lapaq dan singgah di Kafe Journey’s End. Sedap jugak makanan dia sebab rasa real dan portion banyak. Staff semua friendly dan baik, tempat pun bersih. Kami suka pi kampung-kampung kecik macam ni bila ke luar bandar atau bila road trip kami suka discover tempat-tempat terpencil. Selalunya penduduk kat tempat macam ni sangat baik, ramah, suka menolong dan murah hati tau.

Sebelum tertidoq
Perut kenyang hati gembira
Renyehhhhh 😁

Kat kafe tu kami ambik kesempatan untuk buat wuduk sekali kat bathroom depa so senang nak solat satgi. Lepas makan kami sambung drive nak cari pantai untuk lepak. So kami pun pi lah satu tempat kecik ni nama dia Island County Parks Tillicum. Ok la untuk bagi Hakim baling batu dalam ayaq. Dia got distracted sebab nak pi main dengan budak-budak besaq. Hahaha kesian dia nak main sama depa dalam gua yang depa bina guna kayu-kayu kat tepi pantai tu. Hakim gelak ja tengok depa sebab teruja. Adik depa hat kecik yang sebaya Hakim dia tak pandang pun, sebab nak main dengan abang-abang lol

Tenang
Cheq suka belek batu-batu kecik pelbagai bentuk dan warna (sesaat sebelum Hakim mai dan campak balik batu-batu ni ke tanah 😂)

Kat sini cheq mula sedaq diri yang kerdil ni jika nak dibandingkan dengan ciptaan Allah SWT. Bila tengok ribuan batu-batu kecik camni kita terus memuji Allah Ta’ala, siapalah kita ni kan? Takdak apa, miskin, hina, tak tau apa-apa. Hampa tau ka macam mana nak buat batu? Hahaha bagi Allah, apa lah sangat dia cipta batu-batu ni jika nak dibandingkan dengan masalah kita? Apa yang kita dok takut sangat pasai masa depan? Apa yang kita dok rasa miserable sangat pasai yang dah lepas? The moment is now, sekarang adalah masa yang kita perlu fikirkan dan hargai dan enjoy! Kita takdak masa depan dalam genggaman, harini pun belum gerenti, yang lepas tu pun dah lenyap dah pun. Inilah masanya kita nak sedar kita berada kat mana, be mindful, be aware of what’s in front of you. Saya hargai suami saya, Yusuf yang selalu bawak saya jalan-jalan dan Hakim yang selalu buat saya rasa disayangi 🥰

Hakim dan Dada

So Hakim pun mula la memanjat kayu-kayu kering yang tersadai kat tepi pantai ni sampai dia penat dan menuju ke kereta. Kami nak cari tempat yang luas sikit untuk solat dan jalan-jalan tepi pantai. Kami teruskan driving ke arah barat pulau ni dan berhenti di Camano Island State Park, tempat ni mengadap Whidbey Island. Cantik pantai dia, ada cliff, boleh picnic or just hang out. Hakim tak mau jalan, dia patah balik nak main toys budak-budak yang tengah main kat situ… aduhai Hakim.. Hakim… so sis terpaksa la dukung dia dan bawak pi spot lain. Dia macam penat so kami bagi dia main dalam kereta ja, seronok la dia duduk depan dengan Dada dia sambil tekan hon 2-3 kali hahaha

Suka tempat ni 😍
Subhanallah cantik kan bunga-bunga liar warna kuning ni
Banyak kapal layar kat sini sebab angin tengah kuat. Kat belakang tu ialah Pulau Whidbey

Dah pukui 5 petang kami pun balik dan cheq masak nasi berlaukkan ayam masak lemak cili padi sama sayur bayam.. simple, senang, dan sedap.. alhamdulillah!

Terima kasih sebab sudi baca post kalini, semoga kita bertemu lagi di lain cerita!

Salam Sayang ♥️, M


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *